Isnin, 25 Jun 2012

Little Novel

Dia adalah kepunyaan aku.. Mine

Pertama kali mereka menjejakan kaki ke bumi Paris, Kota Romantik. Orang kata, Kota Paris ni ada jodoh. Manalah tahu boleh jumpa jejaka idaman.. hehehe.. Gatai.. hiesh.. Ape ni cinta cintun.. Eriqa, Farhana  dan Diana bersahabat dan mereka telah janji untuk lajutkan belajar sampai ke langit... Ceh.... Fiuh.. Mereka bertiga sampai juga ke rumah yang telah pihak kolej sediakan. Setiap seorang memilliki bilik sendiri. Nak privrate lah katakan. Mereka bertiga telah siap berkemas baju mereka terus keluar makan. Almaklum mereka baru sampai so, teringin juga jalan-jalan sekitar Kota Romantik sebelum mereka daftar masuk ke kolej besok. Mana tahu mereka susah untuk dapat berjalan sekitar Paris.
   "Eh tu teksi. Stopppp... Diana, Farhana. Cepat". Eriqa melambai tangan kearah teksi tersebut. Seketika dia ingin membuka pintu. Zzzapp.. "Erk.. Sorry I got this first" hatinya mula menyirap tapi ditahannya maklumlah di tempat orang. Susuk tubuh tadi menoleh kearah Eriqa. "Harh!!.. Awak lagi.. Awak ni kenapa ikut saya heh?" lelaki tersebut separuh menjerit tatkala melihat Eriqa dihadapannya. "Hello, Mr. Perasan, Saya ni takda masa nak ikut terhegeh-hegeh kat awaklah. Dia tu yang sibuk kat sini pehal.? For Your Information, saya tahan teksi ni dulu tau. Awak tu yang kenapa suka rampas barang saya? Dari kat Air port, dalam Flight sampai sekarang teksi ni pun awak nak?" Hati Eriqa mula panas. Sabarnya terhadap lelaki yang amat menjengkelkan tersebut sudah hilang.
  Huh... Burppp.. Perut mereka sudah di isi kemudian, mereka terus melangkah pulang. Panas di hati Eriqa belum hilang. Kalau Eriqa dapat jumpa lelaki tadi pastinya dia meneruskan hepukannya mujur ada Diana dan Farhana kalau tidak lebam di kerjakan. Setiba sahaja dirumah" Fiuh.. Penat. Hurm.. Eriqa aku nak tanya sikit jangan marah yer? Erhmmmm... Tentang mamat tu kan.. Kenapa kau marah sangat dia salah apa har? Lagi pun kan.. mamat tu cute jugak. Kau tak tergoda ke dengan mata dia?" Diana mula menyakan soal lelaki tersebut. 'Eishhh .. Budak ni ada jugak yang makan sofa ni. dah baik-baik aku okey dia tnya pulak pasal mamat tu.' getus hati Eriqa " Ha'ah lah Eriqa aku tengok dendam je korang berdua tu. Mak aku cakap kalu benci jangan benci sangat nanti benci jadi suka." Farhana menyelit. Amboi sedap mulut depa je. "Dia mamat yang aku marah kat air port. Ingat tak?"
                
                                          ..........................n_n................................

Kaunter tiket KLIA.... 
  Tiket dah mereka ambil. Fiuh.. Penat!! Beg mereka ni berat semacam.. Agaknya bawa barang dari satu rumah. Pap!! "Adoi... Sorry.." Eiqa mengusap lembut lengannya.." Ei adik Manis... Lain kali tengok la sekeliling huh.. Abang hensem ni pon tak nampak ke?" jejaka tersebut berkaca mata hitam mendegus kasar."Eh Cik abang teruk.. Dia yang langgar kita , dia yang mengamuk. Saya dari tadi berdiri sahaja tau. Dia yang jalan kelam kabut. Hei mamat buta ke?" Eriqa mulalah nak berdebat. Habislah.... "Hei awek pelik.. Betul lah ni jalan aku" jejaka tersebut menarik begnya juga. Huh!!... Tak guna punya Mamat.. Eriqa turut berlalu pergi. Nasib lah Diana dan Farhana panggil.
Dalam Flight....
  "Arh!! penat nye lah" Eriqa melabuhkan punggungnya di kerusi yang ditetapkan. Dia telah ditetapkan berada di tepi tingkap. Diana dan Farhana jauh nun di sana. Belum sempat punggungnya panas tiba-tiba... "Cik ni tempat saya." suara garau muncul. Terkejut dia. "Excuse me. Nie memang tempat saya.... Kau lagi.??? heish semak lah.." belum sempat dia habis bebel kedengaran suara juruterbag. "kita akan berlepas sebentar lagi. sila pakai tali pinggang keledar anda." kemudian pramugari tiba lalu. "Mister can you have a seat plaese..". Sesudah je kapal terbang tu stabil Eriqa bangun dan ingin pindah tempat. "Adoih!!! Agak-agak lah kalau mengamuk pon..!!" Ternyata.. Dia tepijak kaki budak tu.. "Padan muka ... rasakan.. Huh!" dia telah minta pindah tempat duduknya.. Mujur berdekatan dengan Diana dan Farhana. "Ehhh.. pesal kau kat sini? Tadi bukan kat belakang." Diana pelik. Farhana sudah dengan penyakitnya. Pening. "Kau tahu tak.. Mamat tu kan dia sengaja cari pasal dengan aku.. Mula-mula kat kaunter, di pergi lenyek je kaki aku then tempat aku pun dia dah rembat... Lepas ni kalau aku jumpa dia memang aku tibai dia.." berang Eriqa.. Gila tak mengamuk budak tu.. Diana sudah geleng kepala sahaja. Dia faham benar kawannya, kalau orang cari gaduh dengan dia hurmmm jangan harap budak tu nak mengalah.